Saturday, September 18, 2010

i love you sayang


I love you sayang…

Sayang, awak ingat lagi tak masa pertama kali kita jumpa? Mungkin awak tak tahu saya suka kat awak. Saya cuba dekati awak tapi saya takut awak akan marah pada saya.
Tak lama lepas tu, saya dapat nombor telefon kawan awak. Kawan awak menyamar sebagai awak saya tak tahu. Saya fikir itu ialah awak.
Saya teringin sangat nak jumpa awak. Akhirnya, saya dapat juga bertemu dengan awak.
Saat itu, saya ucapkan yang saya cintakan awak, saya sayangkan awak. Awak malu. Lalu, awak terima saya sebagai boyfriend awk. Saya gembira sangat2.
***
Sepanjang percintaan kita, saya cuba jadi yang terbaik untuk awak. Saya pakai pakaian yang skema pada permulaan kita bercinta kerana saya nak nampak segak depan awak. Namun, saya tidak sanggup untuk terus membohongi diri saya sendiri dan menipu awak juga. Setelah beberapa kali kita bertemu, saya berterus-terang pada awak sebab I love you sayang.
***
Suatu hari awak tertekan awak nak coklat dan saya belikan untuk awak. Selepas kejadian itu, awak mintak putus dengan saya.
Saya pelik saya tanya pada awak apa salah saya? Awak kata saya tipu awak. Saya tak pernah ada niat menipu untuk sakitkan hati awak. Saya tipu awak sebab saya sayangkan awak sangat2.
Saat itu saya terlalu ego. Seolah-olah saya akan jumpa seseorang yang lebih bagus dari awak namun ternyata tidak. Tidak ada seorang pun yang mampu mengambil alih tempat awak dalam hati saya.
***
Lama saya menghilangkan diri. Saya nak tenangkan diri. Saya cuba lupakan awak. Saya cuba untuk menyintai beberapa orang gadis lain namun saya tak mampu untuk menduakan awak di hati saya.
***
Hari tu secara tidak sengaja saya bertembung dengan awak. Dekat paintball awak ingat tak? Saya gembira sangat sebab dapat jumpa awak semula.
Tapi saya sedih sangat bila dapat tahu yang awak dah ada dia. Dan saya nak awak tahu yang saya tetap akan tunggu awak sampai bila2.
***
Saya nak awak tahu saya janji saya dah tak akan berhubung dengan awak lagi bila awak dah berkahwin dengan dia nanti.
Bila awak tak bahagia dengan dia, saya sedia menerima awak semula.
*** *** ***

No comments:

Post a Comment